Alkalete, Kerepek pisang

Rabu, 16 Oktober 2013

Pengguna Produk Kesihatan patut rujuk Kementerian Kesihatan

Asalamulaikum dan salam sejahtera buat semua.

Sekarang begitu banyak produk kesihatan bagai cendawan tumbuh berlambak pasaran. Pelbagai strategi terus dilakukan pihak tidak bertanggungjawab bagi menjual produk kesihatan dan ubat-ubatan yang sudah diharamkan di pasaran oleh Kementerian Kesihatan. Jika sebelum ini iklan jualan produk yang diharamkan itu agak terhad dan terpampang di tiang lampu, batang pokok  atau tembok di tepi jalan, kini ia dijual secara berleluasa terutama melalui internet. Terkini,pihak terbabit menggunakan laman web sosial termasuk Facebook, Twitter  dan blog bagi menjual produk berkenaan  dalam ruang pasaran yang lebih besar. Saya percaya walaupun penjual terbabit sedia tahu produk berkenaan sudah diharamkan Kementerian Kesihatan  kerana mengandungi bahan terlarang, namun sikap mahu meraih keuntungan besar, mereka tidak pernah mempedulikannya. Selain dijual secaraindividu, kita tidak menolak tindakan pihak tertentu mungkin didalangi tertentu. Perbuatan ini amat tidak bertanggungjawab kerana pihak yang bakal menanggung risiko adalah pengguna. Dilaporkan sekurang-kurangnya ada 50 produk pelangsing badan,komestik dan ubat-ubatan tradisional yang disahkan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid dijual melalui laman sosial terbabit Produk berkenaan mengandungi beberapa bahan kimia beracun seperti sildenafil, phentermine,amphetamine, sibutramin, fenfluramine. Antara kesan ketara yang boleh diaktibatkan dengan pengambilan produk yang diharamkan itu termasuk kemurungan,psikosis dan tekanan darah tinggi dan sakit jantung.
Kita amat bimbang kerana laman sosial itu disalah guna oleh pihak yang berkepentingan dan tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan tanpa mengambil kira penderitaan yang bakal ditanggung orang ramai. Justeru itu, saya berharap  pengguna tidak mudah terpengaruh serta terpedaya  dengan pelbagai janji manis kononya boleh menjadi cantik atau kurus serta merta jika menggunakan produk terbabit. Pengguna mungkin terpaksa menanggung kos rawatan lebih tinggi jika tersalah mengguna produk kesihatan atau ubat-ubat yang jelas membahayakan. Pengguna sepatutnya mengambil tahu mengenai bahan kandungan dalam produk sebelum membelinya. Orang ramai sewajarnya mendapat maklumat tepat berkaitan produk terbabit daripada pihak berwajib, terutama Kementerian Kesihatn. Kita percaya Kementerian Kesihatan ada menyenaraikan senua produk diharamkan itu dalam webnya. Apapun , Kementerian Kesihatan wajar bertindak segera sebelum jualan produk diharamkan ini secara siber terus berleluasa,Penjual produk terbabit wajar dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahan mereka dan tidak sewenang-sewenanya menggunakan teknologi komunikasi untuk kepentingan diri. Pada masa yang sama, kita percaya mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan