Alkalete, Kerepek pisang

Isnin, 7 Oktober 2013

Pengalaman Di Australia (Sydney)





Kenapa datang ke Sydney? Semuanya terlalu mahal.Itu adalah reaksi biasa daripada warga asia yang kami temui sepanjang 9 hari di bandaraya terbesar di Australia itu. Penerbangan mengambil masa selama 8 jam sambil menikmati cuaca di tengah malam yang gelap gelita. Sesuai dengan tarafnya sebagai kota utama dunia,jaringan sistem pengangkutan di kota ini sungguh sistematik meliputi bas,monorel,keretapi dan feri.
Tarikan utama Sydney terletak pada dua ikonya, Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge. Cara terbaik untuk melihat keindahannya adalah menaiki feri atau bot Sydney Eco Hopper.Niat asal mendaki jambatan Sydney Harbour terpaksa dibatalkan memandangkan kosnya mencecah RM500!! Mahalnya.
Kunjungan ke Sydney seakan-akan tidak lengkap jika tidak ke pantai popular seperti bondy dan kami singgah di tarikan di Zoo Tarongga untuk melihat kanggaru tapi lebih kecil. Menutup lawatan 9 hari, kami menghabiskan baki wang dengan membeli pinggan mangkuk Correl serta membeli belah Di Paddy Market.
Tolak bab tukaran wang, Sydney adalah kota raya yang menawarkan 1,001 pengalaman. Seperti kata teman, nilai AS$10 (RM29) tidak akan sama nilainya dengan RM10, tetapi ia sesuai dengan gaya hidup dan pendapatan rakyat di negara maju itu.


Gambar: opera sydney
 Pemandangan Sydney Opera House


 
Sydney Harbour Bridge

  
Pancake Sydney

Gambar: nyam-nyam. makan malam 
Steak yang berharga AUS 30 Dollar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan